26 October, 2010

Memahami Sebagai Peniaga

SMI 1-Stop Solutions 2010


1 - Kebaikan Pesaing
Pesaing bermatlamatkan agar servisnya lebih baik dari yang ada. Perkhimatan atau harga dan kualiti yang melebihi pasaran yang dah ada. Walau bagaimanapun situasi ini bertujuan baik untuk memenuhi kepuasan dan keperluan pelanggan-pelanggan.


Manusia tetap memiliki sifat yang mencorakkan dunia biznes dengan irama dan variasi yang beragam.
  • pesaing yang memburukkan anda
Saujana nak cite Pesaing yang memburuk dan menjatuhkan orang lain.
Apa patut dilakukan jika pesaing menjatuhkan, dengan memburuk-burukkan anda.  Pesaing begini tergolong tidak sihat dan cacat minda, nih perlu rawatan.


Jangan lupa plak.  Biznes ni berbagai. Ada biznes maya(pun macam2), biznes fizikal - kovensional, malah biznes kuase pun bukan main banyak.  
  • biznes kuasa
Nak kuasa , sanggup rasuah sana sini , fitnah macam-macam.  Ni bukan lah biznes yang di maksudkan kat  sini.  Kat ateh2 nun.


Kakah tu akan menggunakan berbagai kaedah dan taktik.  Pe lagi , selalunya taktik kotor ye?


Sambung pasal nak jatuh kan sesama kita;
Tersurat maupun tersirat sindiran/perli ataupun direct terus ke batang hidung dan sebaliknya secara tak langsung.  Tujuan tetap yang tunggal tulah nak menjatuhkan malah sanggup fitnah lak tu.  Hai manusia lah.

Manusia pun de banyak kategorinya.  Nampak je batang tubuhnya manusia, tapi  heh . . . Dah kalo tujuan nak merudumkan orang lain demi nak naikkan biznes dia sendiri  dengan cara tak halal , peke bende nye ? ?

Adakah anda tau dan sedak ! Tindakan begitu  .     .


Sebenornya dia sedang memburukkan perniagaannya sendiri le tu, 
Ngape plak ?   Iye le  kakah(pesaing jahat) tu tak prasan, dia memburukkan sedare sorang , sebaliknya 5 orang 10 orang akan memburukkan kakah tu plak lah.  
Orang lain tak suka dia le.  Gitu ke  rupanya?


Memburukkan pesaing menjatuhkan kredibiliti sendiri, ni yang menjejaskan biznes sendiri.


Pelanggan faham tembelangnya dan tidak menaruh kepercayaan dah tentu lah biznesnya tercalar dik sikap sendiri, ni yang dikatakan de problem mindanya.  


Minda kotor,  he  ho  he . .  
La , kan bukan zaman ais dan batu, banyak maklumat dan dah bijak giler usahawan sekarang. Jadi tak kena la kalo nak guna taktik buruk tu , kan ?

Mudah-mudahan tak dak la persaingan yang tak sihat tu, nak bersaing bior lah secara sihat dan sejahtera saje. 


Biznes pun perlu keharmonian baru dunia biznes menjadi elok dan seronok.
Bersaing untuk meningkatkan kualiti diri, kualiti perkhidmatan , kualiti komunikasi, kualiti jv, kualiti ilmu, kualiti digital dan macam-macam lagi ler  .

2 - Berunding

Negotiation atau mengadakan perbincangan-berunding suatu kaedah yang dituntut dalam agama kite. 


Jika menetapkan suatu perkara dan nak memutuskan dalam biznes patut lah kita berunding dengan penuh diplomasi dan toleransi.
  • minda 
Dalam mencipta peluang perniagaan minda kita harus murni, dan berikhlas. Supaya situasi kesamaan perniagaan kita win-win dengan pembekal, pembeli, penjual, pemborong, peminjam dan semua saluran yang terlibat dengan biznes kita tu.
  • petah berhujah
Anggapan yang tidak benar bahawa , jika petah dan pintar berhujah seseorang tu akan mengaut banyak keuntungan dalam negotiation itu adalah silap.  
  • situasi menang
Seperti diperkatakan tadi , untuk urusniaga yang berkekalan wujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak. 


Suasana begini pasti mecipta kondisi yang nyaman dan menyelesakan semua pihak dan akhirnya perniagaan mendatangkan keselesaan berterusan.

Apa yang disebut sebagai viral marketing akan wujud apabila berlaku networking meluas dan strong dalam jangka masa yang panjang dan berkekalan.
  • akibat menang berhujah dan kaut untung
Sudut zahiriahnya nampak hebat dan mengagumkan jika banyak mengaut keuntungan dan jadi hero "pemenang" dalam rundingan. 


Namun sebenarnya membahayakan usia dan reputasi biznes tersebut. Berkemungkinan network akan pincang dan rantai perniagaannya longgar dan terputus kemudiannya.

Kerana anda sendiri yang menang sedang pihak lain akan rasa kurang senang dan tak puas hati. 


Maka pihak lain akan sukar malah menolak mentah-mentah untuk berunding dan mengadakan rangkaian dengan anda yang bersifat monopoli kan bahaya nih, jadi jangan di buat  no!

  • berhemah
Berunding dengan berhemah akan mencipta situasi menang-menang , sebelah pihak lagi akan merasa puas hati, gembira dan seronok berurusniaga dengan anda. 

Terciptanya win-win situasi ini membina tali jambangan kepercayaan mendalam dengan biznes anda.  

Jelaslah ini akan membina perhubungan dan struktur viral-m biznes jangka panjang yang berkekalan.


3 - Berdiplomasi Kepada Pesaing Yang Tidak Beretika
  • tunjukkan kredibiliti
Bukanlah susah sangat menangani pesaing begini.  

Tunjukkan kredibiliti anda, ini akan menambahkan kematangan dan populariti anda tetap meningkat.

Iaitu jangan sekali-kali membalas dengan memburukkan dan bersikap yang negatif kepadanya. 


Layan dengan sikap biasa-biasa dan jelaskan kepadanya kedudukan sebenar tanpa memburukkan sesiapa pun.

Kemudian tingkatkan dan lipatgandakan promosi anda dengan ayat-ayat  power dan killer, menerangkan kekuatan, manfaat, kelebiahan, harga menawan dan banus-bonus dilengkapi dengan sokongan testimoni dan sebagainya.


Prestasi biznes akan meningkat malah anda akan mendapat keuntungan besar.


Tambahkan perkara-perkara dan kaedah-kaedah lebih berkesan dan mantap dalam memperkenalkan produk dan perkhidmatan anda. 


Berikan ulasan kepada isu-isu negatif yang ditujukan kepada anda atau produk anda oleh pesaing yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti biznes anda tu.

Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran anda melalui kaedah yang berbagai dan bervarisi, dalam menengahkan biznes tersebut supaya kekuatan perniagaan anda melonjak ke pasaran yang lebih luas lagi. 

  • pesaing akan mengalami kesukaran

Anda teruskan keunggulan kredibiliti anda, melalui berbagai inisiatif kerana anda sekarang telah memiliki kekuatan dan semangat  berlipat ganda dan usaha anda semakin lancar dan mudah.

Proses ini menjadikan pesaing anda akan bertambah sukar untuk mengatasi anda dan ia semakin kritikal, akhirnya ia kecundang.

Hindari daripada melayan pesaing yang tidak beretika dan busuk itu, sebab ia hanya membazir masa dan merugikan.  


Jika tersilap langkah kerana beremosi hanya akan menjatuhkan kualiti produk dan melenyapkan kredibiliti anda dipandangan pelanggan dan sahabat anda.  


Ini boleh menyebabkan perniagaan merudum, mungkin niat pihak lawan jadi berhasil.  Tiada siapa yang akan menang , lantaran kedua belah pihak menjadi arang dan abu yang hancur.


Sentiasa ingat dan berhati-hati !!!

0 comments: