23 October, 2010

Kejayaan

20 Prinsip Kejayaan

Siri Pertama .  .daripada 3 siri 


1-     1- Fikir Dengan Jitu
Untuk membuat keputusan jitu, kena bersandar kepada fakta yang betul. Selidiki fakta-fakta dan rangkumkannya menjadi fakta yang boleh diolah melalui pemikiran yang sihat iaitu jelas dan tepat. Jadi bila falta-fakta benar itu dapat dipastikan ia boleh menghubungkaitkan, menganalisis dan mencerap dari berbagai sudut ia boleh menyelesaikan masalah yang wujud.
“Berfikir satu system yang rumit dan kerja yang payah
lagi memusingkan kepala, maka tak ramai orang mau terlibat dengannya.” Betol ke?
Dalam hal ni kita pun kena dengar bisikan hati kerana ia memerhati bahasa isyarat tubuh, mendengar dan melihat reaksi semula jadi dan pengalaman, jika hati dan minda dah rasa mantop betullah keputusan tu.

2-     2- Manfaat Keyakinan
Mendengar bisikan sanubari, ni de kaitan dengan Keyakinan kepada Allah Maha Berkuasa Dia yang mentadbir alam dengan kadho dan kadhar, keyakinan terhadap kengkawan, yakin kepada peluang yang ada, kemudiaan benar-benar yakin kepada diri sendiri yang memang de dah tertanam dan terdidik sejak lama dah.
 “Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia
yang amat berkuasa untuk Berjaya.”
 Jika matlamat anda jelas dan tepat ia akan memudahkan anda mematuhi semua perinsip kejayaan, ia dapat memotivasikan dan menjadikan semangat baru serta disiplin yang tinggi.

3-      3-Berbakti
Berbakti kepada diri, keluarga dan masyarakat ni ertinya bakti berbuat baik kepada Allah. Tuhan akan memelihara  jiwa anda dengan perasaan keyakinan tinggi, dinamis, sentiasa positif thingking. Ni disifatkan sebagai memupuk jiwa besar, jiwa besar membina IMEJ yang agung, dah tentu le rakan taulan dan semua orang hebat-hebat menyukai lantas merapati dan berpartner dengan anda. Tak gitu?  Pada masa ni tau-tau anda menerima sesuatu yang tidak dijangka, ni lah balasan bakti anda dan pertolongan dari Allah. Kejayaan memutik  dalam jiwa anda kemudian menuju ke matlamat.

4-      4-Mengutamakan Kesihatan
Sikap positif bermaksud juga menjaga kualiti kesihatan diri (mental dan fizikal=rohani - jasmani). Kalo anda sakit-sakitan ada ke boleh befikir dan buat keje? Faktor kejayaan tertakluk kepada tubuh badan yang sihat. “Mensana kooporesano” badan sihat menjadikan fikiran sihat. Jauhi dan buang tabiat buruk seperti amalan merokok(fatwa dah putuskan amalan merokok perbuatan HARAM # bukan setakat makruh!), mengamalkan ubatan(kimia) berbahaya dan sebagainya.

Tukar ke tabiat mulia dengan amalan pemakanan sihat, seimbang dan berkualiti, mematuhi ajaran n suruhan agama, berfikiran positif, berazam kuat dan mematuhi disiplin yang tinggi serta bersangka baik dengan latihan riadah seimbang dan konsisten. Kedudukan begini menjadikan kuat berfikir dengan tepat dan bijak, berkeyakinan tinggi pencapaian maksima, fizikal dan mental di tahap yang sempurna penuh bertenga dan bersemangat berapi-api. Anda mudah mengatasi rintangan dan mengalahkan pesaing dan pencabar.  

Mengapa ramai yang mati masih muda? Mengapa de umurnya mencecah 100 tahun?;
Sebab tak jaga makan, berpenyakit dan mati awal.
Ni de kajian saintifik, “orang yang memiliki pendapatan yang lebih baik
umurnya 10 tahun lebih lama daripada orang lain. “
Bior betul, ajal dan maut di tangan Tuhan. Memang ler, cuba ler kita hari-hari mengamal makan berkolesterol tinggi, kuat merokok, makan tidak bergizi, hari-hari makan megimee, minuman tin bergas n makanan segera lain,  kurng tido,pening jer makan panadol, tinggal di persekitaran kotor dan tercemar  n .  .   tak lama? ! ! ? he  he  . . ,  sebab sakit-sakitan yang kronik.  Mengidap barah, kanser paru-paru, sakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, pengsan . . pengsan dan cam-maca lagi ler . .

 
5-      5-Berperawakan Unggul
Akan menjadi bagaimana kah perawakan dan imej anda, adalah pilihan anda.  Ikut jejak  macam idola yang anda mau  kan. Supaya orang suka mendekati anda selalulah berfikiran positif bertindak positif dan sikap juga positif dengan bersemangat. Ni adalah harga diri anda untuk berkomunikasi dan melakukan urusniaga dan urustadbir dengan orang yang anda sukai. Perawakan yang baik ialah jujur, ikhlas, berfikiran positif dan memegang disiplin diri, anda akan mencapai kejayaan.

Ekspresikan bahawa anda menyukai rakan atau partner anda dalam sebarang urusan dengan penuh minat yang tulen(jangan dibuat2). Berikan pujian yang ikhlas, berkenaan kelebihan dan kualiti pelanggan dengan budibicara yang melambangkan anda seorang yang berazam serta bersungguh sungguh. Tutur kata anda penuh dengan semangat dan tanggung jawab, seakan-akan anda telah kenal lama dan mesra. Mengenakan pakaian yang kemas menarik dan bersesuaian. Menepati masa dan janji yang dipersetujui.

6-     6- Mental Positif
Pendirian anda adalah pilihan sikap anda yang orang lain tidak boleh mengawalnya, sebab orang lain hanya boleh mempengaruhi dan memberikan pilihan. Hanya anda yang boleh menukar pilihan dan kehidupan menjadi lebih baik, sebab minda anda boleh menerima atau menolak.
“Bila kita lebih positif terhadap diri sendiri, kita
 akan lebih Berjaya daripada apa yang pernah kita impikan”
Kuasa mental anda sebagai satu usaha sedar yang sangaat kuat membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang telah anda tentukan, dengan menolak unsur dan fikiran negatif yang menjurus kepada semua kegagalan.  Keputusan itu sangat menguntungkan dan kejayaan anda menjadi terus berkekalan.

Proses perlu dipraktikkan berterusan agar sebati sebagai satu tabiat yang menyingkirkan keraguan dan mempertingkatkan keyakinan. Halangan mental membantutkan setiap usaha ke arah kejayaan, kuncinya ialah kekuatan mengawal minda anda.

7-      7-Kemestian Melakukan Usaha Lebih 
Jika anda sanggup melakukan usaha yang lebih daripada yang dibayar, akhirnya anda akan bibayar lebih daripada apa yang anda lakukan. Ganjaran yang tulen hanya didapat oleh usaha yang bersungguh-sungguh, memberikan hasil yang lebih daripada yang diminta, barulah anda peroleh hasil serta ganjaran yang berlebihan di luar jangkaan.
“Kenapa seseorang itu lebih kaya raya daripada yang lain?
Kerana ia lebih rajin lebih sabar dan tabah serta lebih bijaksana


8 -  Miliki Disiplin 
Manusia mempunyai kuasa minda yang mampu berfikir tajam melebihi mata pedang.
Malah berkuasa menghalakan mindanya ke medan yang dia sukai.
Minda juga menjana emosi berbagai, oleh itu satu-satunya kehebatan emosi sepenuhnya hanya dikawal oleh minda yang terlaltih dan memiliki disiplin diri yang kuat.
Unsur luaran hanya boleh mempengaruhi(merangsang) atau memberikan pilihan. Jadi mindalah yang memacu diri anda untuk menjadikan sebagai seorang yang:
baran, pemalu, pendendam, tamak dan sebagainya.


"disiplin diri yang menjadi tembok penghadang
yang membantutkan usaha untuk berjaya" 

Minda yang disuburi dengan ilmu pengetahuan yang banyak akan menjadi alat yang tajam untuk mengatasi berbagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru termasuklah memiliki disiplin diri yang jitu.
Sehinga seseorang itu akan menjiwai minda supaya sentiasa berperanan secara betul dan positif.  Kerana minda secara sedar mengakui kejayaan mencapai matlamat hanya dengan minda yang mematuhi disiplin diri yang tinggi dan mantap.

0 comments: